Jumaat, 7 September 2012

Penyakit Batu Karang


PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.


Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.
Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).
Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. 

Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.
Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.


Pemakanan tradisional Cina
Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)


Perubatan tradisional Melayu
Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.
Contohnya ialah:-
Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.
Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.
Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.
Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.
Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.
Kemudian minum airnya dan makan isinya.
(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).
Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)
Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).
Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.


Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)
Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.
Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.
(Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)
Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.
Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.

Dipetik dari:
http://batukarang.tripod.com/

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Kami merupakan pakar menyingkir batu karang pundi hempedu di Malaysia.
    Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi yang lama, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang tersendiri untuk membubarkan batu dalam masa 12 jam. DR JETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR JETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa.
    Kelebihan produk kami:-

    Dalam 12 Jam Sahaja
    Kaedah-kaedah yang lain di pasaran mengambil masa yang panjang (24jam atau 7 hari) untuk membubarkan batu hempedu. Produk kami yang merangkumi resipi yang berantioksida tinggi dapat menunjukkan keberkesannya dalam 12 jam sahaja. Dalam masa 12 jam sahaja, batu hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-buahan buangan.

    Menyingkir Sisa-sisa Makanan Bertoksin
    Disebabkan campuran Rosecalam Juice dan Bio-Active Mineral, produk kami mampu membubarkan sisa-sisa makanan yang lama antaranya termasuk sisa-sisa bertoksin yang terkandung dalam badan. Bio-Active Mineral berfungsi memperbanyakan air dalam usus malah mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa makanan bertoksin.

    Mengurangkan Berat Badan
    Seperti yang dinyatakan di atas, produk kami dapat menyingkirkan sisa-sisa makan bertoksin dan najis terlonggok. Selepas sisa-sisa baki disingkirkan, berat badan pelanggan kami dibuktikan turun serta-merta.
    ——————————————————————————————————————————

    Untuk memastikan pelanggan sah diserang batu hempedu, dibawah merupakan tanda-tanda kebentukan batu hempedu.
    *Rasa senak yang kronik
    *Rasa mual, angin kembung perut dan sakit abdomen
    *Loya dan muntah
    *Kesakitan di bahagian tengah dan kanan atas abdomen
    *Sakit perut pada bahagian sebelah kanan atas yang seperti gastrik
    *Sakit perut yang memulas hingga melarat ke tulang belikat
    Kesimpulan
    Untuk pengetahuan anda, kami bertujuan untuk menyelamat pesakit batu hempedu dengan produk kami yang bersumber buah-buahan alam semula jadi. Kami tegaskan bahawa tidak perlunya untuk membuang pundi hempedu yang merupakan organ manusia yang penting maka merupakan kurniaan Tuhan kepada kami.
    Dr Jetox telah lama dikenali ramai maka testimony-testimoni boleh didapatkan di laman Facebook.
    Facebook Fanpage : DR JETOX
    Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami bila-bila masa sahaja.
    Sekian, terima kasih.

    Ramon (Pengurus)

    The Club, Bukit Utama,
    1 Club Drive, Bukit Utama,
    Bandar Utama, 47800,
    Petaling Jaya, Selangor.
    GPS Coordinates: 3.151714,101.602716

    No. Talian:
    0109829005 (Ramon)
    0123454977 (Win)
    Penghantar ke luar negeri? Sila rujuk kepada pengedar kami di berikut.
    Kelantan – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kedah – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Terengganu – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Pahang – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989 )
    Perlis – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kuala Lumpur – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Wilayah Persekutuan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Selangor – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Melaka – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Negeri Sembilan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Pulau Pinang – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Johor Bahru – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Perak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Sabah & Sarawak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)

    BalasPadam